Kritikan filem Waris_Jari_Hantu

Salah satu isu yang ditimbulkan penonton adalah sunggupun Tok Wan Rimau telah menurunkan sakanya, atap rumahnya masih perlu dibuka ketika dia hendak mati. Ini dikatakan menimbulkan kekeliruan, kerana sekiranya seseorang itu dikatakan telah menurunkan ilmu sakanya, dia akan mati seperti biasa. Oleh itu terdapat jangkaan penonton bahawa Tok Wan Rimau memiliki ilmu saka yang lain pula.